Monday, December 15, 2008

Kursus Penternakan Belut Dan Skim Ladang Kontrak

Syarikat kami menawarkan kursus untuk menternak belut secara komersial. Kursus yang bakal diadakan pada bulan januari 2008 dilengkapi dengan pelbagai program intensif sebagai persediaan kepada bakal-bakal usahawan belut.

Dalam kursus ini, kami telah mengaturkan beberapa program untuk memastikan peserta berjaya seperti berikut :

  1. Pengenalan kepada belut serta ciri-ciri belut yang sesuai diternak.
  2. Pasaran sedia ada dan masa akan datang.
  3. Teknik dan cara-cara menyelia belut.
  4. Teknik penyediaan kolam yang sesuai untuk belut serta formula menentukan kuantiti belut yang boleh diternak.
  5. Sistem Kitaran Pertanian.

Selepas setiap sesi ceramah, satu bengkel akan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap peserta memahami isi kandungan ceramah yang diberikan.

Untuk makluman bakal peserta, kami menawarkan skim kontrak yang berbeza dengan syarikat-syarikat lain. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

  1. Peserta diberi pilihan sama ada membeli benih, peralatan kolam serta bahan makanan dengan syarikat kami atau luar.
  2. Kami tidak menentukan kuantiti belut sebagaimana sesetengah syarikat yang memerlukan jumlah melebihi 3 tan.
  3. Tiada sebarang kos untuk setiap jualan akan ditolak. Penternak akan mendapat 100% hasil jualan mereka.
  4. Kami juga mengambil belut mati dimana belut tersebut masih boleh digunakan dan dibungkus dalam bungkusan yang tertera dalam kontrak kami.

Bagi memastikan peserta yakin dengan syarikat kami, peserta akan dibawa ke lokasi syarikat kami dimana operasi penyediaan belut dijalankan. Peserta akan dideahkan dengan teknik pembungkusan yang diperlukan oleh syarikat.

Selain itu, bagi peserta dari luar daerah, penginapan akan disediakan. Namun kos perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya di talian seperti berikut :
  • 017 - 5135380
  • 019-4105790
  • 05-3220024
Yuran kursus untuk setiap peserta adalah sebanyak RM400.00. Sila depositkan RM200.00 seminggu sebelum kursus diadakan ke dalam akaun seperti berikut :

  • No Akaun : 158033157904
  • Maybank
  • Roshidi Bin Ahmad Ismail
Sekian

Pengenalan

Salam sejahtera.

Ramai diantara kita yang berminat menternak belut. Kerana apa? Antaranya kerana permintaan belut itu banyak terutama dari kalangan penternak lintah. Memang benar. Namun demikian, kita jangan lupa sebenarnya banyak lagi orang yang menggunakan belut untuk tujuan lain.

Disini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak maklumat untuk ternakan belut.

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Roshidi Bin Ahmad Ismail dari syarikat R & R Fishery. Saya mahir dalam bidang ternakan ikan air tawar termasuklah belut. Untuk makluman semua, pengalaman dalam bidang ikan air tawar adalah lebih dari 20 tahun. Ini termasuklah pengalaman yang dikongsi bersama-sama keluarga saya memandangkan mereka merupakan pengasas kepada perniagaan ikan air tawar.

Sebagai penceramah tentang belut, saya telah mengenal pasti beberapa individu telah ditipu tentang penternakan belut. Ada diantara mereka telah berjumpa dengan saya untuk membincangkan teknik sebenar menternak belut.

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang berminat, boleh mengikuti blog ini secara percuma.